Pemakaian masyarakat Melayu Kelantan: kajian faktor pemlihan cara berpakaian

Ismail, Norulzaila and Yusuff, Nur Azuki and Che Daud, Burhan (2018) Pemakaian masyarakat Melayu Kelantan: kajian faktor pemlihan cara berpakaian. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.10: 6. pp. 996-1005. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Pakaian melambangkan identiti dan imej seseorang. Perkembangan fesyen pakaian telah menyebabkan masyarakat kini mempunyai pelbagai pilihan untuk tampil menarik dan bergaya. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi amalan pemakaian masyarakat Melayu di Kelantan. Antara faktor yang dikaji ialah faktor sosiol, faktor budaya, faktor psikologi dan faktor personal. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan data. Seramai 12 orang informan telah terlibat dalam kajian ini. Lokasi kajian yang terlibat ialah jajahan Kelantan. Hasil dapatan kajian menunjukkan informan memberi maklum balas yang positif terhadap faktor budaya, faktor sosial, faktor psikologi dan faktor personal yang boleh mempengaruhi amalan pemakaian dalam kalangan masyarakat Melayu di Kelantan. Masyarakat melayu kini lebih mudah terpengaruh dengan media massa seperti facebook, instagram, twitter dan televisyen. Beberapa cadangan dikemukan untuk diberi perhatian bagi kajian pada masa hadapan antaranya pihak –pihak yang bertanggungjawab dalam meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menggalakkan amalan pemakaian yang menutup aurat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 134851.pdf]
Text
134851.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics