Retorik YB Dato’ Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya dalam buku 5 Tahun Juanda Jaya

Pelet, Mohamad Nik Mat and Harijaman, Norita and Damsik, Juliana and Samud, Nurul Nadia and Shahbuddin, Adib Zakwan Al Qayyum (2026) Retorik YB Dato’ Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya dalam buku 5 Tahun Juanda Jaya. ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities, 10 (1): 9. pp. 147-160. ISSN 2600-7274

Official URL: https://ejssh.uitm.edu.my

Identification Number (DOI): 10.24191/ejssh.v10i1.10559

Abstract

Retorik berperanan penting dalam menyampaikan sesuatu mesej agar dapat difahami, diyakini dan perakui oleh pembaca sama ada penyampaian secara lisan mahupun bertulis serta bersifat komprehensif. Pemilihan retorik yang digunakan juga mampu menghasilkan wacana yang berseni dan berkesan, di samping menekankan aspek-aspek seperti kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa yang baik. Dalam pada itu, teknik penulisan adalah antara perkara penting dalam sesuatu karya seperti buku bagi memastikan mesej penting mampu disampaikan dengan menggunakan pelbagai jenis retorik yang sesuai dan relevan agar tidak memberi kesan pemahaman yang menyimpang antara pembaca atau pendengar. Kurangnya pendedahan kepada bidang retorik juga antara penyebab sebilangan masyarakat salah tafsir terhadap kandungan atau ungkapan yang dizahirkan oleh seseorang. Justeru, kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan serta penerapan jenis-jenis retorik dalam buku berkaitan pencapaian seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri Sarawak di kawasan pentadbirannya iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) N.44 Jemoreng. Teori yang mendasari kajian ini adalah teori Retorik Moden yang diperkenalkan oleh Enos dan Brown (1993) bagi tujuan mengenal pasti dan menganalisis penggunaan jenis retorik dalam buku tersebut. Kajian berteraskan pendekatan kualitatif berbentuk deskriptif ini turut mengaplikasikan kaedah pengumpulan data melalui kaedah analisis dokumen terhadap buku yang bertajuk 5 Tahun Juanda Jaya. Buku ini mengandungi sembilan bab dengan ketebalan sebanyak 349 muka surat. Berdasarkan dapatan kajian, buku 5 Tahun Juanda Jaya ini telah memanfaatkan bidang retorik sebagai langkah utama untuk menyampaikan maklumat dengan mengaplikasikan beberapa jenis retorik seperti retorik penerangan, pendedahan dan penghujahan. Dalam pada itu, retorik yang diaplikasikan bukan sahaja melibatkan retori dalam bentuk penulisan malah penyampaian melalui gambar juga menunjukkan kepelbagaian jenis retorik yang digunakan. Kesimpulannya, penyampaian mesej atau butiran yang hendak disampaikan bergantung pada pemilihan jenis retorik untuk memastikan kejelasan dan keberkesanan maklumat kepada sasaran dan tidak hanta tertaktuk kepada retorik berbentuk penulisan ayat atau ujaran lisan, namun retorik juga mampi diungkap melalui kepingan gambar sebagaimana dapatan kajian yang dibincangkan dalam makalah ini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Pelet, Mohamad Nik Mat
nikmat@uitm.edu.my
Harijaman, Norita
UNSPECIFIED
Damsik, Juliana
UNSPECIFIED
Samud, Nurul Nadia
UNSPECIFIED
Shahbuddin, Adib Zakwan Al Qayyum
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Chief Editor
Basarudin, Noor Ashikin
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Theory. Philosophy. Esthetics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities (EJSSH)
ISSN: 2600-7274
Volume: 10
Number: 1
Page Range: pp. 147-160
Keywords: Retorik, Teori Retorik Moden, Buku 5 Tahun Juanda Jaya
Date: April 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134806
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 134806.pdf] Text
134806.pdf

Download (451kB)

ID Number

134806

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details