Abstract
Perancangan yang teliti dan pengawalan sumber yang cekap merupakan faktor utama ke arah pencapaian pengurusan sisa pepejal yang cekap dan lestari. Dalam perancangan pengurusan sisa pepejal, elemen 3R iaitu Reuse, Reduce dan Recycle perlu diterap dan dimanfaatkan sebaik mungkin dengan berteraskan kepada hirarki pengurusan sisa pepejal. Masyarakat sering beranggapan bahawa pengurusan sisa pepejal adalah semata-mata tanggungjawab pihak berkuasa. Tanggapan ini salah kerana pengurusan sisa pepejal secara sempurna tidak akan tercapai sekiranya tidak mendapat kerjasama dari masyarakat. Manusia sebagai khalifah dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memulihara alam sekitar berdasarkan prinsip Islam. Amalan sisa sifar merupakan suatu amalan mulia yang digalakkan dalam ajaran Islam. Oleh itu komitmen masyarakat dalam penghayatan amalan 3R adalah penting dalam merealisasikan matlamat sisa sifar tercapai. Kajian ini akan melihat kejayaan praktis amalan 3R yang dilaksanakan di Surau al-Husna, Shah Alam, Selangor.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Mohd Takiyuddin mtaki986@salam,uitm.edu.my Ismail, Huzaimah huzaimah@salam.uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques. Monasteries > Malaysia > Selangor T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Municipal refuse. Solid wastes |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 958-964 |
| Keywords: | Mosques, Recycling, Waste minimization |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134701 |
