Menilai hubungan pengetahuan prinsip-prinsip alam sekitar Islam dengan sikap dan tingkah laku pengurusan sisa pepejal masyarakat Islam

Ismail, Affendi (2018) Menilai hubungan pengetahuan prinsip-prinsip alam sekitar Islam dengan sikap dan tingkah laku pengurusan sisa pepejal masyarakat Islam. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.9: 8. pp. 949-957. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan pengetahuan prinsip-prinsip alam sekitar Islam dengan sikap dan tingkah laku pengurusan sisa pepejal masyarakat Islam. Bagi mencapai matlamat ini, satu kajian telah dijalankan terhadap 520 responden dari kalangan masyarakat Islam di Kelantan. Pemilihan Kelantan sebagai lokasi kajian bertepatan dengan kedudukan negeri ini antara negeri yang paling tinggi populasi penduduk Islam dan dianggap negeri yang paling konservatif dengan nilai-nilai tradisi Islam semenjak zaman berzaman. Secara umumnya, kajian ini mendapati tahap amalan pengurusan sisa pepejal masyarakat Islam di Kelantan agak rendah, sementara pengetahuan mereka terhadap prinsip-prinsip pengurusan sisa pepejal menurut Islam adalah tinggi. Analisis korelasi pula menunjukkan pengetahuan prinsip-prinsip pengurusan sisa pepejal menurut Islam berhubungan signifikan positif dengan sikap, tetapi tiada hubungan signifikan dengan tingkah laku pengurusan sisa pepejal responden. Sebaliknya, kajian ini mendapati tahap penerimaan responden terhadap aplikasi pendekatan Islam dalam medium kempen kesedaran pengurusan sisa pepejal adalah tinggi. Berdasarkan dapatan ini, kajian ini merumuskan bahawa secara kenyataannya masyarakat Islam Kelantan mempunyai tahap pengetahuan prinsip-prinsip pengurusan sisa pepejal menurut Islam yang positif, namun mereka tidak mempraktikkannya dalam amalan harian mereka. Dalam erti kata lain, aspek pengetahuan prinsip-prinsip pengurusan sisa pepejal berasaskan Islam yang positif tidak diterjemahkan dalam amalan seharian. Sehubungan dengan itu, kajian ini mencadangkan agar prinsip-prinsip pengurusan sisa pepejal berasaskan Islam perlu diaplikasikan secara meluas dalam segenap medium kempen dan program kesedaran pengurusan sisa pepejal masyarakat Islam selaras dengan penerimaan positifnya dari masyarakat Islam setempat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 134700.pdf]
Text
134700.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics