Persepsi masyarakat pesisir pantai terhadap peningkatan aras laut dan perubahan iklim di Sabak Bernam, Selangor

Ahmad, Nor Hasyifa and Sakawi, Zaini (2018) Persepsi masyarakat pesisir pantai terhadap peningkatan aras laut dan perubahan iklim di Sabak Bernam, Selangor. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.9: 1. pp. 904-909. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Peningkatan aras laut (PAL) berpunca daripada pemanasan global yang disebabkan oleh faktor haba dan pencairan bongkah ais. Perubahan iklim ini berpotensi memberi risiko banjir dan kesan kepada manusia seperti kesihatan, infrastruktur, akuakultur terutamanya bagi masyarakat pesisir pantai kerana golongan ini sangat terdedah kepada risiko kenaikan air laut. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi masyarakat pesisir pantai terhadap kesan perubahan iklim khususnya kepada peningkatan aras laut. Kajian dijalankan di kawasan penempatan masyarakat di sepanjang pesisir pantai Sabak Bernam. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu temu bual dan soal selidik secara bersemuka ke atas 122 responden dan menggunakan pensampelan secara rawak purposif. Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan masyarakat pesisir pantai kurang menyedari akan kenaikan air laut yang berlaku di kawasan mereka. Implikasi kajian jelas menunjukkan bahawa masyarakat memerlukan lebih pendedahan dan cadangan untuk mendidik bagi mengurangkan tahap keterancaman dalam meneruskan kelangsungan hidup akibat impak peningkatan aras laut.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Nor Hasyifa
syfa91@gmail.com
Sakawi, Zaini
zainisakawi@ukm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography > Human settlements > Malaysia
Q Science > QC Physics > Meteorology. Climatology. Including the earth's atmosphere > Climate change
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 904-909
Keywords: Climatic changes, Public opinion, Sea level
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134693
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 134693.pdf] Text
134693.pdf

Download (1MB)

ID Number

134693

Indexing

Statistic

Statistic details