Meningkatkan penguasaan kemahiran permudahkan pecahan wajar dan pecahan tidak wajar menggunakan TTS fractions Kits 2.0 dalam kalangan murid tahun 4

Hasbullah Halmi, Nur Hazrin and Ayeob, Ashikin and Wahab Zahari, Noor Faizah and Mat Zahari, Maznah and Mohamad Mustapa, Izayati and Alang Ahmad, Fuziah (2025) Meningkatkan penguasaan kemahiran permudahkan pecahan wajar dan pecahan tidak wajar menggunakan TTS fractions Kits 2.0 dalam kalangan murid tahun 4. In: The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025), 26 Jun 2025, Universiti Teknologi MARA, Perak.

Abstract

Tajuk pecahan merupakan satu topik yang dipelajari oleh murid tahun 1 hingga tahun 6 selepas tajuk Nombor bagi mata pelajaran Matematik. Pecahan sering dilihat sebagai satu nombor yang mempunyai ciri-ciri yang unik berbanding dengan nombor bulat yang biasanya dipelajari oleh murid. Oleh itu, ia merupakan salah satu tajuk sukar untuk dikuasai oleh murid. TTS Fraction Kit 2.0 dihasilkan bagi meningkatkan kemahiran mempermudahkan nombor dalam kalangan murid tahun 4. Bagi membantu murid dalam menyelesaikan soalan-soalan operasi asas pecahan dengan baik, murid perlu menguasai asas permudahkan pecahan. Kemahiran asas yang penting dalam menguasai tajuk pecahan ialah kemahiran mengenalpasti bentuk pecahan dan kemahiran menukarkan nombor pecahan dalam bentuk termudah iaitu pecahan wajar dan nombor bercampur. Justeru itu, inovasi ini dihasilkan bagi meningkatkan kemahiran permudahkan pecahan murid terhadap dua jenis pecahan iaitu pecahan wajar dan pecahan tidak wajar. Kajian ini melibatkan kumpulan sasaran, iaitu seramai dua belas orang murid Tahun 4 di SK Iskandar Perdana yang masih berada ditahap lemah. Kaedah pengumpulan data menggunakan ujian diagnostik yang dianalisis secara deskriptif, dan temu bual yang dianalisis secara tematik. Dapatan kajian mendapati kemahiran mempermudahkan pecahan dalam bentuk termudah dalam tajuk Pecahan dalam kalangan murid Tahun 4 dapat ditingkatkan secara ansur maju apabila mengikuti aktiviti yang dirancang. Teknik TTS Strategy, Modul TTS dan bahan digital yang digunakan amat berkesan untuk membimbing murid dalam membezakan jenis-jenis pecahan seterusnya dapat membantu murid mempermudahkan pecahan dengan mudah terutamanya menukarkan pecahan wajar kepada nombor bercampur.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hasbullah Halmi, Nur Hazrin
UNSPECIFIED
Ayeob, Ashikin
UNSPECIFIED
Wahab Zahari, Noor Faizah
UNSPECIFIED
Mat Zahari, Maznah
UNSPECIFIED
Mohamad Mustapa, Izayati
UNSPECIFIED
Alang Ahmad, Fuziah
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Elementary mathematics. Arithmetic
Q Science > QA Mathematics > Study and teaching
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Journal or Publication Title: The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025)
Event Title: The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025)
Event Dates: 26 Jun 2025
Page Range: pp. 211-215
Keywords: Matematik, Pecahan, TTS fraction kits 2.0, Tahun 4, Pengajaran dan pembelajaran
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134648
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 134648.pdf] Text
134648.pdf

Download (1MB)

ID Number

134648

Indexing

Statistic

Statistic details