Dwi Damba

Aznon, Nur Atiqah and Zukhari @ Mohd Hair, Siti Nur Afizah and Hairul Nizam, Nur Irdina (2025) Dwi Damba. In: The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025), 26 Jun 2025, Universiti Teknologi MARA, Perak.
Abstract

Dwi Damba merupakan satu produk inovasi yang dibangunkan dengan mempunyai multi fungsi dimana dari sebuah beg galas turut mempunyai jaket di dalamnya yang berkonsepkan activewear. Apa yang menarik tentang Dwi Damba adalah selain dijadikan sebagai beg galas yang fleksibel, fungsi jaket di dalam beg galas ini boleh digunakan bagi aktiviti outdoor seperti jaket larian (running jacket), jaket hiking, dan jaket hujan kerana sifatnya adalah kalis air. Jaket ini juga dapat melindungi beg galas kerana terdapat sambungan yang bersifat detachable iaitu boleh dipasang dan ditanggalkan dengan mudah. Dwi Damba adalah unisex yang boleh digayakan oleh lelaki mahupun perempuan. Objektif Dwi Damba adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri reka bentuk Dwi Damba yang bercirikan ergonomik dan keselamatan, menghasilkan Dwi Damba yang mempunyai multi fungsi dari beg galas turut mempunyai jaket serta menarik minat pengguna dalam melestarikan seni batik melalui penghasilan rekaan motif moden pada Dwi Damba ini. Dwi Damba mengetengahkan rekaan batik motif moden dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi percetakan iaitu Direct Transfer Film untuk mencetak motif rekaan batik moden ke atas fabrik selaras dengan arus pemodenan dan IR 4.0. Kajian ini berbentuk deskriptif dan akan menggunakan soal selidik dan rujukan ilmiah. Dapatan dari soal selidik ini menerima maklum balas yang positif. Antara cadangan penambahbaikan adalah mempelbagaikan lagi motif rekaan batik moden untuk akan datang dan menambahkan lagi ciri keselamatan pada Dwi Damba ini. Dapat dirumuskan Dwi Damba mempunyai ciri ergonomik dan keselamatan yang memberi keunikan. Bahkan, Dwi Damba ini dibangunkan untuk memberi kesedaran terhadap meningkatkan usaha membudayakan batik di Malaysia. Malah, Dwi Damba merupakan produk inovasi yang mampu dikomersialkan di pasaran dunia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 134645.pdf]
Text
134645.pdf
Download (610kB)
Indexing & Metrics