Abstract
Autism merupakan kecelaruan perkembangan neorologi yang boleh dikenal pasti melalui karektor tersendiri pengidapnya. Simptom kecelaruan ini memberi kesan yang besar terhadap keupayaan individu ini untuk berinteraksi, berkomunikasi dan berimaginasi secara normal. Simptom tersebut juga menyebabkan individu autism mempunyai perilaku seksual ketara dan sukar dikawal. Justeru, objektif artikel ini adalah untuk mengkaji perilaku seksual individu autism semasa berada di sekolah melalui pemerhatian 10 guru-guru di PPKI di beberapa negeri di Malaysia. Metodologi pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen daripada sumber-sumber seperti buku-buku, jurnal-jurnal dan pemerhatian para guru. Data-data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan dipersembahkan menurut tema-tema yang bersesuaian. Analisis data yang dilakukan menunjukkan bahawa kajian-kajian lalu membuktikan perilaku seksual signifikan dengan individu autism seperti masturbasi, melihat atau menyentuh bahagian sulit orang lain, terlibat dengan perbuatan homoseksual, meniru perbuatan persetubuhan dan lain-lain. Majoriti guru-guru di PPKI bersetuju bahawa majoriti remaja autism mempunyai perilaku seksual yang agak ketara. Menurut pemerhatian para guru di PPKI antara perilaku seksual para remaja autism di PPKI adalah seperti menyentuh, mencium, memeluk fetishism, frotherism dan melakukan homoseksual.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Yaakub, Zuraini UNSPECIFIED Mohd Kusrin, Zuliza UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Children. Child development > Child rearing. Including care, training, character building, etc. L Education > LC Special aspects of education > Education of special classes of persons > Exceptional children and youth. Special education > Learning disabled children and youth |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 834-851 |
| Keywords: | Autism, Autistic youth, Special education |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134570 |
