Abstract
Kajian ini meneliti konsep wakaf amanah sebagai instrumen inovatif pengurusan harta Islam yang berpotensi memperkukuh peranan wakaf dalam Pembangunan sosioekonomi umat Islam di Malaysia. Dalam amalan tradisional, wakaf selepas kematian sering berdepan cabaran fiqh dan perundangan seperti had pewakafan satu pertiga harta, perbezaan pandangan mazhab serta kerumitan pentadbiran dan faraid yang kerap menimbulkan pertikaian waris. Bagi menangani isu ini, kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur bersama enam informan dalam kalangan pengamal industri dan pakar akademik. Data dianalisis secara tematik dengan bantuan perisian NVivo, disokong dokumen perundangan serta literatur fiqh klasik termasuk Mausu‘ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah dan Shariah Standard. Dapatan menunjukkan wakaf amanah mempunyai kelebihan dalam mengatasi kekangan wakaf pasca kematian. Model yang dicadangkan menggabungkan elemen wakaf takliq dan kontrak amanah, membolehkan pewakaf terus menikmati manfaat harta sepanjang hayat sebelum dipindahkan secara formal kepada Majlis Agama Islam Negeri. Pendekatan ini menepati fiqh Syafi‘i yang dominan, namun turut memanfaatkan kelonggaran pandangan Maliki, sekali gus mengurangkan pertikaian waris, mempercepatkan agihan manfaat dan meningkatkan keyakinan masyarakat. Implikasinya, wakaf amanah berpotensi memperluas dana wakaf produktif serta menyokong pembangunan sosial, pendidikan dan ekonomi umat Islam, di samping membuka ruang penyelidikan dan rangka kerja wakaf bersepadu di Malaysia.
Metadata
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Ahmad Ikmaluddin 2023438762 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Adenan, Faezy UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Programme: | Sarjana Pengajian Islam Kontemporari |
| Keywords: | Wakaf amanah, Harta pusaka, Kontrak amanah |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134338 |
Download
134338.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).
Download (3MB)
Digital Copy
Physical Copy
ID Number
134338
Indexing
