Penerapan syarat hadis sahih dalam model komunikasi Islam

Md Sharipp, Muhammad Taufik (2026) Penerapan syarat hadis sahih dalam model komunikasi Islam. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Komunikasi Islam yang efektif bukan sahaja berasaskan kepada kefasihan berbahasa atau daya tarikan penceramah, tetapi juga bertunjangkan kepada prinsip-prinsip integriti dan kesahihan maklumat. Dominasi pendekatan teori komunikasi Barat dalam penyelidikan komunikasi Islam telah mewujudkan kecenderungan untuk mengabaikan dimensi spiritual dan tradisi keilmuan Islam yang lebih luas. Dalam hal ini, disiplin ilmu hadis menyediakan asas konseptual yang berpotensi memperkayakan kerangka analisis komunikasi melalui perspektif yang lebih holistik dan berautoriti. Kajian ini bertujuan mengenal pasti syarat-syarat hadis sahih yang boleh diterapkan dalam komunikasi Islam, mengenal pasti tahap komunikasi Islam berdasarkan syarat hadis sahih dalam kalangan penceramah Negeri Melaka serta membangunkan model komunikasi Islam berasaskan lima syarat hadis sahih yang terdiri daripada: sanad bersambung, keadilan perawi, sempurna dhabṭ, selamat daripada syādh, dan selamat daripada ʿillah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah soal selidik yang diedarkan kepada 151 penceramah bertauliah di Negeri Melaka. Instrumen soal selidik dibina berdasarkan pendekatan penyelidikan perpustakaan dan disahkan oleh tujuh orang pakar dalam bidang berkaitan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) dan pemodelan persamaan berstruktur (SEM-AMOS). Dapatan menemukan lima syarat hadis sahih mampu diadaptasi dan dioperasikan kepada konstruk komunikasi Islam, semua lima konstruk tersebut mempunyai tahap pengamalan yang tinggi dalam kalangan penceramah di Negeri Melaka, dengan nilai min melebihi 4.0 dan sisihan piawai yang rendah seterusnya Model Komunikasi Islam berasaskan syarat hadis sahih yang dibentuk adalah sesuai dan signifikan berasaskan kepada model persamaan. Kajian ini memberi implikasi kepada pembangunan ilmu komunikasi Islam yang berteraskan disiplin hadis secara sahih dan berintegriti. Kajian ini turut menyumbang kepada pengukuhan pendekatan dakwah kontemporari melalui penerapan prinsip-prinsip epistemology Islam yang berautoriti dan dapat dijadikan rujukan dalam memperkasakan penyampaian maklumat oleh para penceramah.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Sharipp, Muhammad Taufik
2019977101
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ridzuan, Abdul Rauf
UNSPECIFIED
Advisor
Aini, Zulkifli
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doktor Falsafah Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Komunikasi Islam, Penceramah, Hadis
Date: March 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134301
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 134301.pdf] Text
134301.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).

Download (33MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

134301

Indexing

Statistic

Statistic details