Kit tetingkap buindar : mengukuhkan konsep pembundaran nombor dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas

Ahmad, Halizah and Mohd Khir, Muhammad Nuriman and Rajan, Gangga Tarshini and Buang, Siti Haidah (2023) Kit tetingkap buindar : mengukuhkan konsep pembundaran nombor dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas. In: Johor Innovation Invention Competition and Symposium 2023. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 425-432. ISBN 978-967-0033-17-4
Abstract

Inovasi ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dalam mata pelajaran Matematik Pendidikan Khas KSSMPK Tingkatan 1, topik pembundaran. Masalah utama yang dilihat di kalangan MBPK dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc) ialah kurang tumpuan serta minat terhadap pengajaran dan pembelajaran secara konvensional. MBPK juga memerlukan masa yang agak lama untuk mereka cukup memahami sesuatu konsep baharu dan mempunyai ingatan jangka pendek jika konsep tersebut tidak diaplikasikan. Maka penggunaan bahan pembelajaran yang hands-on lagi menyeronokkan digunakan dalam menyokong proses pembelajaran berlaku sesuai dengan pembelajaran abad ke 21 (PAK21). Kit Tetingkap Bundar digunakan untuk mengukuhkan konsep asas pembundaran. Murid diberi contoh dan cara penyelesaian penggunaan bundar dalam kehidupan harian. Kesan penggunaannya dikenalpasti melalui hasil ujian pra dan pos menunjukkan peningkatan kemahiran membundar setelah menggunakan bahan ini. Selepas ujian pos dijalankan, keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 28.29% iaitu daripada purata 54.00% kepada 82.29%. Murid juga belajar menghargai sesuatu dan bertanggungjawab menjaga amanah dengan baik. Kesimpulan kajian ini, telah dapat meningkatkan kemahiran murid menguasai objektif pembelajaran. Pendekatan sebegini berpotensi diperluaskan lagi pada masa akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 134033.pdf]
Text
134033.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics