Abstract
Kajian ini memperkenalkan lampu meja inovatif yang dicipta oleh Kumpulan Tahun 5 menggunakan bahan sekolah dan terpakai. Lampu ini mempunyai rekaan unik dan bertujuan menggabungkan mata pelajaran Sains, Matematik, dan Reka Bentuk Teknologi dalam pendekatan bertema dalam pengajaran Tahun 5. Lampu meja ini berperanan sebagai alat pengajaran untuk konsep litar elektrik asas dalam mata pelajaran Sains Tahun 5. Selain itu, ia melibatkan murid dalam merancang bahan, alat, dan mengatur jadual projek mengikut silibus Reka Bentuk Teknologi. Projek ini juga mengajar kemahiran Matematik melalui pengiraan sudut, bentuk, dan rupa. Keunikan lampu meja ini membuka potensi untuk pembangunan kemahiran kendiri dan kolaboratif murid. Ia juga mengenalkan aspek keusahawanan dengan memahami konsep pengiraan modal dan keuntungan dalam proses penghasilan produk. Kesimpulannya, lampu meja inovatif ini berjaya menggabungkan kemahiran dan pengetahuan dari tiga mata pelajaran utama: Sains, Reka Bentuk Teknologi, dan Matematik. Ia juga memberikan pemahaman yang mendalam tentang konsep litar elektrik asas dan berpotensi untuk merangsang minat serta pemahaman pelajar serta memberi impak positif dalam penggunaan sumber tenaga dan pembangunan produk secara lestari.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Muhammad Lotfie, Imanina Lutfiyah UNSPECIFIED Mohd Hairi, Muhammad Hariz Fayyadh UNSPECIFIED Hairulasmi, Aisy Nurhannani UNSPECIFIED Mohd Khalil, Khalisha Sofia UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Creative ability. Imagination. Creative thinking. Concept learning. Constructivism (Education) T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Electric lighting |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 423-424 |
| Keywords: | Lampu meja, Inovasi, Pendidikan, Bahan terpakai, Keusahawanan |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134031 |
