Roselle bliss

Khalil, Nur Izzaty and Abdullah, Haziq Aidzad Said and Salihhudin, Ahmad Luqman Hakim and Abdullah, Zaidzwan Zabaliy (2023) Roselle bliss. In: Johor Innovation Invention Competition and Symposium 2023. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 406-410. ISBN 978-967-0033-17-4
Abstract

Produk inovasi yang dihasilkan dalam projek ini merupakan satu produk berasaskan daripada Hibiscus Sabdariffa L, atau lebih dikenali sebagai Bunga Roselle. Produk inovasi ini dinamakan sebagai Roselle Bliss. Roselle Bliss merupakan produk inovasi berbentuk sabun pepejal. Roselle Bliss ini merupakan satu inisiatif baharu untuk mengurangkan pembuangan minyak terpakai yang terhasil daripada proses memasak melalui matapelajaran Kemahiran Asas Vokasional Masakan dan Kemahiran Spesifik Vokasional Pembuatan Roti. Kegunaan minyak terpakai dan bunga Roselle ini mencetuskan idea untuk menghasilkan sabun bagi kegunaan murid kelas Kemahiran Asas Vokasional Masakan ini. Hal ini kerana, bunga Roselle mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat kini kerana bunga ini terkandung khasiat vitamin C yang lebih tinggi daripada buahan sitrus yang lain. Oleh yang demikian, objektif inovasi ini dijalankan adalah untuk menghasilkan produk inovasi berasaskan minyak masak terpakai dan bunga Roselle yang bebas dari kimia berbahaya dan memberi kesedaran kepada murid tentang keperluan mengurus sisa bahan domestik rumah dengan lebih terancang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133985.pdf]
Text
133985.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics