Abstract
Pendekatan belajar melalui bermain (BMB) bukanlah sesuatu kaedah yang baharu dalam kalangan Murid Berkeperluan Khas (MBPK). Namun, kaedah ini dilihat sebagai suatu kaedah yang sesuai bagi MBPK terutama sekali bagi MBPK kefungsian rendah yang memerlukan bantuan guru ketika proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dijalankan di dalam kelas. Selain itu, ia memberi peluang kepada MBPK untuk meneroka kemampuan mereka melalui aktiviti permainan yang dijalankan (Sphero Team, 2021). Mereka boleh mengecam dan mengenal melalui Alat Bantu Meangajar (ABM) yang telah dibangunkan dalam proses PdPc bersama mereka. Kaedah ini dikenal pasti sebagai salah satu pendekatan PdPc) yang berkesan terutamanya mewujudkan sikap dan motivasi guru dan murid yang positif (Fong dan Mohd Fikri Ismail, 2020). Cabaran guru MBPK untuk mencapai objektif di dalam PdPc mereka terutama murid kefungsian rendah sangat tinggi. Oleh itu, dengan pembangunan kit ABM ini MBPK boleh mengecam setiap jenis haiwan peliharaan dan ternakan melalui alat separa maujud yang digunakan di dalam pembangunan kit ini. AKtiviti dalam PdPc ini adalah aktiviti handson yang melibatkan diri secara aktif serta melatih tahap fokus dan koordinasi matatangan mereka dengan lebih baik dan cekap. Penggunaan inovasi ini dapat membantu guru untuk melihat perkembangan kemahiran mengecam dan mengenal haiwan ternakan dan peliharaan serta membantu melatih psikomotor MBPK melalui kaedah belajar sambil bermain (BMB). Aktiviti bermain dalam kalangan MBPK ini dirangka mengikut kurikulum dan penambahbaikan rutin pembelajaran murid seawktu PdPc akan lebih menyeronokan. Inovasi ini juga dilihat sebagai satu kaedah pembelajaran yang mampu merangsang interaksi ibu bapa dan MBPK di samping dapat meningkatkan keyakinan MBPK berkomunikasi dalam kehidupan seharian mereka. Secara khususnya, pengkaji memilih tajuk kit inovasi mengecam dan mengenal pasti haiwan ternakan dan peliharaan bagi MBPK kefungsian rendah sebagai ABM dalam subjek KAV Pertanian Pemeliharaan Haiwan.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Rameli, Nurul Fatin UNSPECIFIED Mat Yaacob, Mohd Shahidan UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Creative ability. Imagination. Creative thinking. Concept learning. Constructivism (Education) L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | p. 400 |
| Keywords: | Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), Pendekatan belajar melalui bermain (BMB), Murid berkeperluan khas (MBPK), Alat bantu mengajar (ABM) |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133972 |
