Abstract
Kemahiran mengelaskan garam terlarutkan dan garam tak terlarutkan serta menghuraikan penyediaan sesuatu garam merupakan satu kemahiran dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 tajuk Asid Bes dan Garam. Di akhir pembelajaran murid seharusnya boleh mengelaskan garam terlarutkan dan garam tak terlarutkan dalam air serta dapat menghuraikan dengan jelas proses penyediaan garam. Data tafsiran Peperiksaan akhir tahun (PAT) murid tingkatan 4 tahun lepas menunjukkan bahawa seramai 8 orang murid tingkatan 4 tahun lepas tidak dapat mengelaskan garam dengan baik serta tidak dapat menghuraikan persediaan garam dengan betul. Oleh itu kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan keupayaan murid mengelaskan garam serta dapat menghuraikan persediaan garam yang tepat dengan menggunakan intervensi Fun Salt Game 2.0 (FSG 2.0) yang mempunyai papan permainan secara maujud dan digital. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian tindakan berdasarkan model kajian tindakan Kurt Lewin melibatkan kumpulan sasaran seramai 8 orang murid tingkatan 4 di SMKA Sultan Azlan Shah tahun 2023 yang kini berada dalam tingkatan 5. Kaedah pengumpulan data menggunakan markah soalan peperiksaan PAT berdasarkan topik garam yang dianalisis secara deskriptif dan temubual yang dianalisis secara tematik. Dapatan kajian mendapati kemahiran mengelaskan garam terlarutkan atau garam tak terlarutkan serta menghuraikan penyediaan garam dalam kalangan murid tingkatan 4 dapat ditingkatkan secara ansur maju apabila mengikuti aktiviti yang dirancang. Kajian ini juga dapat membantu menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) guru dalam tajuk garam serta boleh dijadikan rujukan serta panduan kepada guru lain. Kajian seterusnya boleh diaplikasikan kepada murid tingkatan 5 dalam program pemantapan konsep asas.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Yaacob, Nor Azlinawati UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teaching aids and devices Q Science > QD Chemistry > Inorganic chemistry > Salts |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
| Journal or Publication Title: | The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025) |
| Event Title: | The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025) |
| Event Dates: | 26 Jun 2025 |
| Page Range: | pp. 188-193 |
| Keywords: | Fun Salt Game 2.0, Kimia, Tingkatan 4, Pembelajaran Berasaskan Permainan (PBP) dan digital. |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133971 |
