Abstract
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan “Jarimatika”. Kajian ini juga menilai minat pelajar terhadap matematik dan operasi darab selepas pengajaran dan pembelajaran Jarimatika. Jarimatika ialah teknik yang menggabungkan antara jari dan matematik. Teknik ini untuk mengatasi masalah pelajar lemah matematik asas iaitu operasi darab. Sehubungan dengan itu, kajian ke atas 30 orang pelajar tahun 4 penghuni Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa Siti Aminah, Kelantan telah dijalankan untuk menilai skor bagi operasi darab dan minat mereka terhadap matematik dan operasi darab pada pra dan pasca jarimatika. Data diperolehi melalui skor operasi darab bagi ujian Pra dan Pasca iaitu sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran Jarimatika. Penemuan menunjukkan pelajar mendapat skor yang lebih tinggi bagi ujian Pasca berbanding ujian Pra Jarimatika bagi sifir 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Namun begitu, untuk sifir 1, 2 dan 3, skor ujian pasca adalah lebih rendah berbanding ujian pra dengan perbezaan yang amat kecil. Pelajar mendapat skor yang lebih tinggi pada Pasca berbanding Pra Jarimatika untuk minat terhadap matematik dan operasi darab. Kajian ini memberi implikasi kepada pelajar, ibu bapa, guru dan kementerian Pelajaran di mana untuk memupuk minat pelajar dalam matematik dan operasi darab; “Jarimatika” perlu dijadikan teknik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ironinya, teknik ini diharap dapat melahirkan pelajar bijak matematik seiring dengan aspirasi negara untuk melahirkan modal ihsan yang cemerlang bukan sahaja di peringkat awal persekolahan malah terbilang di peringkat negara juga di persada antara bangsa.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zakaria, Maheran maher835@kelantan.uitm.edu.my Md Nor, Nor Haryanti yanti647@kelantan.uitm.edu.my Abdul Rahman, Siti Maziah maziah650@kelantan.uitm.edu.my Nawi, Noreen Azella noreen437@kelantan.uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Study and study environments. Supervised study Q Science > QA Mathematics > Elementary mathematics. Arithmetic |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 760-764 |
| Keywords: | Finger calculation, Mathematics, Multiplication |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133893 |
