Projek aur dengan tebing

Zainal Abidin, Zainudin and Sungip, Mimi Mazura and Wan Alias, Wan Ali Jabar and Mohd Nafiz, Nafis Jauhari and Mohammad Safarudin, Ibrahim Ikram and Abdullah, Fayyad Mueez (2023) Projek aur dengan tebing. In: Johor Innovation Invention Competition and Symposium 2023. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 393-395. ISBN 978-967-0033-17-4

Abstract

Dalam tajuk Penjagaan Haiwan, Standard Pembelajaran 3.2.1, menyedia dan menggunakan alatan pemeliharaan haiwan dengan betul, murid berjaya menguasai tahap penguasaan (TP) 4 iaitu menyediakan alat pemeliharaan haiwan. Oleh itu, untuk mencapai TP 5 dan 6, murid perlu boleh menggunakan pelbagai alatan pemeliharaan haiwan mengikut kesesuaian. Murid perlu menyatakan peralatan-peralatan tambahan dalam penjagaan haiwan serta apakah dan bagaimanakah ianya befungsi. “Projek Aur Dengan Tebing” merupakan satu inovasi yang membolehkan murid menggunakan teknologi dalam penjagaan haiwan. Inovasi ini menekankan konsep saling perkaitan antara benda hidup. Projek ini adalah penanaman pokok dan siraman air secara automatik mengikut kelembapan tanah menggunakan teknologi, disamping menggunakan air yang bernutrien daripada ternakan ikan. Sebuah akuarium daripada botol yang di dalamnya terletak ikan-ikan peliharaan diletakkan bersebelaha dengan pokok tersebut. satu saluran getah dengan aplikasi rekabit digunakan untuk menyalurkan air daripada akuarium tersebut kepada tanah di pasu pokok tersebut. Maka, air yang akan diterima oleh pokok setiap kali pam automatik beroperasi adalah air yang bernutrien daripada ikan. Malah, projek ini juga menggunakan bahan-bahan terpakai. Projek ini telah berjaya menjadikan kumpulan sasaran kami mencapai TP6 iaitu yang tertinggi dalam Standand Pembelajaran 3.2.1. Malah, projek ini juga berguna untuk diaplikasikan kepada orang ramai yang mempunyai ruang yang sempit di rumah, untuk menjalankan penternakan dan pertanian dalam satu masa dan ruang yang terhad.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainal Abidin, Zainudin
UNSPECIFIED
Sungip, Mimi Mazura
UNSPECIFIED
Wan Alias, Wan Ali Jabar
UNSPECIFIED
Mohd Nafiz, Nafis Jauhari
UNSPECIFIED
Mohammad Safarudin, Ibrahim Ikram
UNSPECIFIED
Abdullah, Fayyad Mueez
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Study and study environments. Supervised study
S Agriculture > S Agriculture (General) > Agricultural ecology (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics
Volume: 1
Page Range: pp. 393-395
Keywords: Siraman air automatik, Aplikasi rekabit, Air bernutrien, Ruang sempit
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133865
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133865.pdf] Text
133865.pdf

Download (3MB)

ID Number

133865

Indexing

Statistic

Statistic details