Abstract
Projek ini menghasilkan Kit Aktiviti tindakan magnet bagi menguji atau membuktikan keupayaan magnet dapat menarik atau menolak sesuatu objek. Kit Aktiviti ini dapat membantu menarik minat murid mempelajari tajuk magnet dan mengaitkan kegunaan magnet dalam aktiviti seharian. Kit Aktiviti ini digunakan oleh murid Tahun 1 dan di laksanakan secara bersepadu melibatkan matapelajaran Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam. Kit Aktiviti ini bertujuan merangsang minat murid untuk meneroka keupayaan magnet. Kit Aktiviti ini menggunakan Kaedah Inkuiri Penemuan yang melibatkan "5 E" iaitu Engage (penglibatan), Explore (penerokaan), Explain (penerangan), Elaborate (pengembangan) Evaluate (penilaian). Munurut (Colburn,2000) inkuiri penemuan ialah satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid dan melibatkan aktiviti handson. Murid akan merasai pengalaman bagaimana perasaan menjadi seorang ahli Arkeologi untuk mencari fosil yang terdapat dalam Kit Aktiviti dan menyiasat hasil penemuan fosil tersebut. Aktiviti akan dijalankan secara berkumpulan melibatkan empat orang murid. Murid bertindak sebagai seorang Ahli Arkeologi dan Saintis Cilik. Ahli Arkeologi akan menyenaraikan lapan penemuan fosil di papan putih manakala Saintis Cilik akan menjalankan eksperimen bagi menguji fosil menggunakan magnet sama ada menarik atau tidak. Kemudian Saintis Cilik akan mengelaskan objek yang dapat ditarik oleh magnet dan tidak dapat ditarik oleh magnet. Mereka dapat mencapai objektif dengan membuat kesimpulan bahawa bahan yang diperbuat daripada besi dapat ditarik oleh magnet.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Malik, Sehha UNSPECIFIED Ahmad, Irna Ariayati UNSPECIFIED Akeel, Firzanah UNSPECIFIED Mohd Yusri, Muhammad Ammar Zafri UNSPECIFIED Mastahir, Muhammad Zhafran UNSPECIFIED Muhammad Suhaimi, Nur Anis Sofea UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies Q Science > QE Geology > Manganite. Manganese ores |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 390-392 |
| Keywords: | Kaedah inkuiri penemuan, Magnet, Modul STEM, Kreativiti saintifik |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133863 |
