Abstract
Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang berlaku pada generasi ini merupakan teknologi baharu yang memberi kesan kepada semua bidang sains, teknologi dan inovasi terutamanya pada bidang elektronik. Peralatan elektronik telah mengalami pembangunan yang sangat pesat di mana trend pengecilan dan pengurangan penggunaan bahan dalam produk elektronik bagi menghasilkan produk yang ringan, kecil, kuat, kukuh, murah serta mempunyai prestasi yang tinggi. Perkembangan ini telah memangkin kepada penyelidikan dan pembangunan bahan baharu yang berprestasi tinggi seperti polimer dan bahan nano. Kemajuan dalam teknologi nano telah menarik minat para penyelidik untuk menggunakan bahan nano dalam produk elektronik. Oleh itu, timbullah konsep idea dalam menggunakan bahan konduktif bersaiz nano dalam sesi pembelajaran subjek Reka bentuk Teknologi (RBT). Pembelajaran RBT sedia ada menggunakan bahan-bahan konvensional seperti wayar untuk mengalirkan arus kepada LED. Oleh yang demikian, dengan menggunakan dakwat konduktif bersaiz nano yang sedia ada di pasaran untuk mengambil alih fungsi wayar sebagai pengalir arus kepada LED. Pendekatan ini membolehkan sesi pembelajaran subjek ini lebih mudah, menarik dan interaktif serta diminati oleh para pelajar kerana dakwat konduktif ini boleh digunakan di atas pelbagai bentuk permukaan bahan seperti kertas, plastik mahupun kayu. Objektif utama idea inovasi ini adalah untuk memberi pemahaman kepada pelajar asas pengaliran arus elektrik menggunakan dakwat konduktif yang merupakan teknologi terkini di pasaran.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Nawawi, Zaidi UNSPECIFIED Ranisofian, Yani Hartisya UNSPECIFIED Ranisofian, Yani Hartiein UNSPECIFIED Mohd Rizal, Nur Almas Balqis UNSPECIFIED Daramansa, Rabiatul Adawiyah UNSPECIFIED Mohd Fadzil, Nuramalina Natasya UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Applications of electric power T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Electronics |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 387-389 |
| Keywords: | Dakwat konduktif, Pengaliran arus, Teknologi nano, Reka bentuk teknologi (RBT) |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133860 |
