Abstract
Sekolah merupakan institusi utama yang menyediakan kemudahan pendidikan kepada masyarakat bagi melahirkan modal insan sesebuah negara. Suasana sekolah yang bersih dan kondusif dapat menyokong pengajaran dan pembelajaran para pelajar. Walaubagaimanapun, pengkaji mendapati Sekolah Kebangsaan Bukit Hampar tidak mempunyai penanda arah yang dapat memudahkan pelawat luar, ibu bapa atau murid baru untuk mencari destinasi yang dituju di dalam sekolah. Suasana tidak mesra pengguna dalam kawasan sekolah ini akan menimbulkan ketidakselesaan terutamanya kepada para pelajar baru dan pelawat luar apabila mereka dalam keadaan tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat atau ke tandas. Namun begitu, hasil tinjauan harga pasaran bagi tempahan papan tanda di kedai melebihi bajet yang diperuntukkan oleh sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Program Susu Sekolah (PSS) bagi membantu murid daripada keluarga miskin agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Namun begitu, sisa buangan dari kotak susu ini semakin bertambah setiap hari sehingga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Oleh itu, inovasi The Milky Waze telah menghasilkan penanda arah yang mesra alam, menjimatkan kos serta mempunyai lampu agar dapat berfungsi pada waktu malam dengan menggunakan kotak susu ini. Penggunaan bahan kitar semula dapat memberi pendedahan kepada seluruh warga sekolah dan masyarakat luar berkenaan kebaikan kitar semula bahan buangan serta cara untuk mengubah bahan terbuang kepada sesuatu yang lebih bernilai. Kesimpulannya, The Milky Waze menjadikan suasana sekolah lebih kondusif dan bersih sekaligus memupuk kesedaran berkenaan kelestarian alam bukan sahaja kepada pelajar tetapi turut memberi impak positif kepada guru, sekolah, ibu bapa dan masyarakat awam tentang.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Zaidi, Wan Nor Haslinda UNSPECIFIED Aminuddin, Tuah Fitri UNSPECIFIED Nomie, Alyaa UNSPECIFIED Abd Wahid, Nuramira Shahiena UNSPECIFIED Haripen, Muhammad Hadif UNSPECIFIED Abd Kadir, Azwa Safrina UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > School architecture and equipment. School physical facilities. Campus planning L Education > LB Theory and practice of education > School life. Student manners and customs. Students |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 376-383 |
| Keywords: | Kotak susu, Program susu sekolah (PSS), Penanda arah, The milky waze, Kelestarian alam |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133827 |
