Abstract
Projek ini akan menghasilkan model reka bentuk baharu penyiraman air kepada tanaman dengan penggunaan sistem titisan air secara automatik.Tugasan ini adalah untuk menilai tahap keberkesanan model reka bentuk penyiraman titisan air ini terhadap tanaman secara automatik tidak seperti kebiasaan petani menyiram tanaman secara manual seperti siraman dua kali sehari. Model reka bentuk ini diharap dapat menjimatkan kos, tenaga dan masa pengusaha tanaman. Murid secara berkumpulan perlu menjana idea melalui bimbingan guru membina model reka bentuk sistem penyiraman titisan air secara automatik dari sumber air kepada tanaman.Peserta-peserta kajian ini terdiri daripada semua murid Tahun 6 Arif di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kluang. Kajian ini dilaksanakan secara bersepadu dengan gabungan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik. Pelaksanaan tugasan ini mengambil masa selama lapan minggu.Tugasan ini dinilai berdasarkan kreativiti murid menghasilkan inovasi model rekabentuk penyiraman titisan air secara automatik. Murid boleh menjana idea untuk mencipta model sistem penyiraman titisan air automatik yang akan diuji keberkesanannya melalui projek fotosintesis yang dipelajari dalam mata pelajaran Sains. Setiap kumpulan diminta mencari dan mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan dan menguna semula bahan yang terbuang untuk menghasilkan projek ini. Hasil tugasan akan dipersembahkan dalam bentuk pembentangan multimedia, visual dan buku skrap. Melalui tugas ini murid diharap dapat mengaplikasi kemahiran yang telah dipelajari. Penilaian terhadap setiap peringkat tugasan adalah berdasarkan rubrik tertentu yang telah disediakan. Projek ini diharapkan dapat memberikan implikasi terutama kepada murid dan guru dalam menghasilkan inovasi teknik penyiraman titisan air automatik serta membudayakan pembelajaran berasaskan projek (PBP) dankelestarian alam sekitar.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Salleh, Siti Azraa UNSPECIFIED Ahmad, Irna Ariayati UNSPECIFIED Abdul Razak, Fazilah UNSPECIFIED Mohamad Nazil, Muhammad Hadif Haikal UNSPECIFIED Shahrul Affendy, Hani Sofea UNSPECIFIED Mohamad Firdaus, Muhammad Fareez Salihin UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies S Agriculture > SB Plant culture > Irrigation farming |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 370-372 |
| Keywords: | Sistem titisan air automatik, Kelestarian alam sekitar, Pembelajaran berasaskan projek |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133822 |
