AKNC 2025 Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi: pengajaran & pembelajaran

UiTM, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (2025) AKNC 2025 Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi: pengajaran & pembelajaran. Universiti Teknologi MARA (UiTM). (Unpublished)
Abstract

Barisan kepimpinan yang berwibawa dan berkualiti adalah kunci utama kepada kejayaan organisasi. Kepimpinan FSR yang efektif dan efisien dapat merealisasikan objektif, visi, dan misi yang telah ditetapkan sekaligus menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Oleh itu, kepimpinan yang mampan mampu memimpin dan mendorong warga FSR bekerja ke arah pencapaian matlamat utama FSR selaras dengan visi dan misi utama UiTM untuk menjadikan UiTM sebagai Universiti Terkemuka di Peringkat Global menjelang tahun 2025 (GRU 2025). Perancangan strategik 2021-2025 adalah asas utama yang digunakan oleh kepimpinan FSR untuk merancang aktiviti dan program akademik yang mensasarkan kecemerlangan proses PdP di FSR. Barisan kepimpinan FSR ditadbir oleh Dekan iaitu Profesor Madya Dr Raja Mohammed Firhad Bin Raja Azidin dan dibantu oleh Timbalan Dekan Akademik (HEA), Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133713.pdf]
Text
133713.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics