AKNC 2025 Fakulti Perladangan dan Agroteknologi: jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan

UiTM, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (2025) AKNC 2025 Fakulti Perladangan dan Agroteknologi: jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan. Universiti Teknologi MARA (UiTM). (Unpublished)
Abstract

Pengurusan Eksekutif Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM menunjukkan komitmen teguh dalam memacu kecemerlangan pengurusan yang sistematik, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 serta aspirasi UiTM sebagai Globally Renowned University (GRU) menjelang tahun 2025. Struktur kepimpinan FPA yang sistematik diterajui oleh Dekan, dibantu tiga Timbalan Dekan iaitu Timbalan Dekan Akademik (TDA), Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TDHEP) dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (TDPJI) serta disokong oleh Penyelaras Strategik dan Transformasi Universiti (PSTU) serta Jawatankuasa Pemilik Risiko. Sistem kepimpinan ini memastikan pencapaian bidang tumpuan Jaringan Alumni, Komuniti dan Keusahawanan (JAKK) melalui pendekatan holistik yang mengintegrasikan inovasi, kolaborasi antarabangsa dan pemerkasaan digital tercapai dengan cemerlang dan ini dibuktikan dengan memenangi tempat pertama bagi kategori Pillar 6 : Engaging Alumni dan tempat ketiga bagi kategori Pillar 5 : Highly Involved with the Industry, Community and Authority/Government Agencies dalam Anugerah Kecemerlangan Prestasi Universiti (AKPU) 2024.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133707.pdf]
Text
133707.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics