AKNC 2025 Fakulti Komunikasi & Pengajian Media: jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan

UiTM, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (2025) AKNC 2025 Fakulti Komunikasi & Pengajian Media: jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan. Universiti Teknologi MARA (UiTM). (Unpublished)
Abstract

Tahun 2024 memperlihatkan kepimpinan mantap Prof. Madya Dr. Abd Rasid Abd Rahman selaku Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (UiTMasscomm). Di bawah terajunya, fakulti terus mengorak langkah strategik berpaksikan visi universiti untuk memperkasa jaringan alumni, memperkukuh peranan komuniti, dan menyemai jiwa kesukarelawan. Justeru, Bidang Tumpuan (BT) Alumni, Komuniti dan Kesukarelawan (JAKK) dijadikan fokus utama Laporan AKNC 2024, mencerminkan iltizam kepimpinan terhadap kelestarian kecemerlangan fakulti. Kepimpinan fakulti diterjemahkan melalui SYNERGY @ UiTMasscomm – Strength, Yield, Network, Excellence, Resourcefulness, Growth dan Yearning – yang menjadi kerangka strategik dalam merangka, menyelaras, dan memacu keberhasilan. Melalui bengkel perancangan strategik, setiap program dipastikan cakna terhadap Petunjuk Prestasi (PI) yang selaras dengan agenda universiti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133692.pdf]
Text
133692.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics