Apron bengkel

Mohd Bosri, Natasha Zuriena and Muhammad Suffian, Muhammad Denial and Thirumalaisamy, Kogilawani and Nik Mohamed, Salehan (2023) Apron bengkel. In: Johor Innovation Invention Competition and Symposium 2023. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 320-324. ISBN 978-967-0033-17-4

Abstract

Kerja-kerja penyelenggaraan peralatan elektrik dan juga pendawaian elektrik memerlukan beberapa alatan tangan khas termasuklah perkakasan kerja berkuasa elektrik atau bateri. Dengan menggunakan perkakasan yang betul dan sesuai akan membolehkan kerja penyelenggaraan dan pendawaian elektrik dapat dijalankan dengan sempurna dan cepat. Namun begitu, peralatan penyelenggaraan susah untuk dibawa ke mana-mana. Selain itu, pengguna akan mudah terlupa untuk membawa peralatan yang ingin digunakan. Tambahan pula, kotak yang dibawa terlalu besar dan dan menggunakan ruang yang luas. Di samping itu juga, kos untuk membeli kotak untuk mengisi peralatan bengkel agak mahal. Objektif projek ini adalah menghasilkan satu produk yang senang dibawa dan sesuai dipakai untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan terutamanya di bengkel elektrik termasuklah menyediakan apron yang tahan lasak penggunaannya. Apron ialah lapisan atas yang menutupi hadapan badan, dipakai sebagai pakaian yang boleh membawa peralatan asas penyelenggaran bangunan. Apron ini dibuat daripada bahan yang berkualiti di mana menggunakan kain jenis yang tahan lasak. Kaedah pelaksanaan projek terbahagi kepada empat proses iaitu pemilihan tajuk, reka bentuk produk, pembinaan produk, uji lari dan kajian tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan,majoriti responden bersetuju rekabentuk apron ini menarik dan bahan yang digunakan untuk membuat apron adalah bersesuaian. Seterusnya, majoriti responden bersetuju apron ini senang dibawa ke mana sahaja, sesuai untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan dan tahan lasak penggunaannya. Kesimpulannya, produk ini berjaya dihasilkan untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan elektrik termasuklah pendawaian elektrik kerana reka bentuk dan bahan yang bersesuaian dan tahan lasak. Secara keseluruhannya produk ini boleh ditambahbaik dari aspek reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan sebelum dikomersialkan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Bosri, Natasha Zuriena
UNSPECIFIED
Muhammad Suffian, Muhammad Denial
UNSPECIFIED
Thirumalaisamy, Kogilawani
UNSPECIFIED
Nik Mohamed, Salehan
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teaching aids and devices
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics
Volume: 1
Page Range: pp. 320-324
Keywords: Apron bengkel, Kerja penyelenggaraan
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133662
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133662.pdf] Text
133662.pdf

Download (3MB)

ID Number

133662

Indexing

Statistic

Statistic details