Abstract
Komunikasi bahasa Arab di Malaysia masih kurang direalisasikan jika dibandingkan dengan bahasa asing yang lain meskipun bahasa ini mendapat sambutan di setiap peringkat pembelajaran. Antara penghalang utama bagi masalah ini adalah kekurangan dan kelemahan kosa kata dalam kalangan pelajar. Kekangan waktu pengajaran dan pembelajaran juga turut menyumbang kepada isu ini. Justeru, para guru perlu mencari kaedah yang terbaik bagi merangsang proses pemerolehan kosa kata pelajar. Teka Silang Kata Bahasa Arab(TSK-BA) dipilih sebagai alat inovasi yang membantu mengatasi masalah ini. Sifat asas permainan ini adalah pemetaan huruf perkataan yang diteka mengikut sususan ejaan yang tepat dipercayai membantu pelajar mengingati kosa kata yang dipelajari. Seramai dua puluh orang pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab sebagai bahasa ketiga di Universiti Teknologi MARA Kampus Pasir Gudang telah bermain teka silang kata ini. Hanya empat belas perkataan digunakan dalam permainan ini dan kesemuanya telah dipelajari oleh pelajar. Hasilnya, seorang pelajar berjaya memenuhkan permainan dengan susunan huruf yang tepat,manakala seorang pelajar merekodkan sifar ketepatan. Baki pelajar menunjukkan ketepatan perkataan sebanyak empat, enam, tujuh, lapan, sembilan, sebelas, dua belas dan tiga belas daripada empat belas perkataan secara keseluruhan. Kesimpulanya, majoriti pelajar mampumengingati minimum sepuluh bunyi perkataan dengan tepat. Namun, beberapa perkataan sering disalah eja seperti pengguguran huruf alif jika huruf sebelumnya berbaris atas. Satu natijah tambahan ditemui iaitu pelajar didapati menggunakan huruf berlainan yang sama makhraj tetapi berbeza sifat meskipun susunan huruf adalah tepat. Sebagai contoh, huruf ط ditukar kepada huruf ت dan ق kepada ك . Akhirnya, pelajar lebih cakna dan berhati-hati terhadap perkataan baharu yang dipelajari.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Azhan, Dzahier Husaini UNSPECIFIED Fkhururazi, Siti Nurmaisarah sitinurmaisarah@uitm.edu.my Mohammed, Muhammad Daniel Syafiq UNSPECIFIED Shah Rizam, Muhammad Razif UNSPECIFIED Sujak, Siti Fairuz UNSPECIFIED A Rahman, Siti Nur Hadis UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 303-306 |
| Keywords: | Pemerolehan, Kosa kata Arab, Permainan |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133523 |
