Abstract
Air merupakan satu sumber yang amat penting dan mempunyai pelbagai kegunaan dalam kehidupan sehari-hari. Myjohorgreen2u: Mini Lanskap Air Terjun (Fiqs Fountainfall Lanscape) adalah produk hasil inovasi dan rekacipta yang menggabungkan konsep reka bentuk mekanikal, elektrikal dan penggunaan sumber air sebagai medium utama dalam pembangunan produk. Idea bagi penghasilan produk ini diterbitkan sebagai mini landskap hiasan yang ringkas, murah dan mudah alih yang mampu menceriakan suasana walaupun di dalam ruangan yang kecil. Penghasilan idea produk ini berikutan dengan isu alam sekitar dan kesihatan mental yang hangat diperbincangkan di semua peringkat samada di sekolah, institusi pendidikan dan masyarakat. Persekitaran alam sekitar, tempat kerja dan bebanan tugas yang banyak seringkali menjadi masalah kepada isu kesihatan mental. Justeru, produk inovasi yang dihasilkan menggunakan beberapa bahan kitar semula seperti polisterin dan menggabungkan elemen mekanikal juga elektrik daripada bunyian titisan air serta tanaman hiasan flora. Menerusi penghasilan produk ini, ia mampu dijadikan landskap hiasan dalam ruangan kecil seperti atas meja atau sudut bilik dan mampu mengurangkan tekanan kerja dan menenangkan fikiran. Produk ini mempunyai potensi komersial dan boleh dipasarkan kepada semua individu khususnya para penggemar penghias landskap mahupun suri rumah yang mementingkan keceriaan dan ketenangan dalam suasana rumah dan juga di pejabat. Diharapkan inovasi produk ini dapat memberi manfaat sebagai pelengkap hiasan landskap, menceriakan suasana persekitaran, memberikan ketenangan minda serta meningkatkan keboleh baharuan penggunaan bahan kitar semula di tempat kerja mahupun di rumah
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Tukiman, Norbaiti UNSPECIFIED Bakri, Nur Syafiqah UNSPECIFIED Saiful Rizal, Muhammad Afiq UNSPECIFIED Noryarolazha, Nur Maisarah Afiqah UNSPECIFIED Nurulazmi, Nurul Haifa Dayana UNSPECIFIED Mulyadi, Santun Syafitri UNSPECIFIED |
| Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture > Landscape gardening. Landscape architecture |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 290-293 |
| Keywords: | Landskap hiasan, Mudah alih, Mekanikal, Kitar semula |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133509 |
