Paradigma seni perkayuan : kerjasama antarabangsa universiti-industri dalam pendidikan teknologi dan reka bentuk

Ramlie, Mohd Khairulnizam and Abdul Rahaman, Ashraf (2024) Paradigma seni perkayuan : kerjasama antarabangsa universiti-industri dalam pendidikan teknologi dan reka bentuk. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 138. ISBN 9789672948674
Abstract

Artikel ini mengkaji keberkesanan Program Paradigma Seni Perkayuan dalam meningkatkan kemahiran teknikal dan kebolehpasaran pelajar, serta menghadapi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh program tersebut. Melalui pendekatan kolaboratif antara UiTM Cawangan Perak, UiTM Pahang, dan institusi antarabangsa Universitas Sebelas Maret (UNS), program ini bertujuan untuk menyediakan pengalaman praktikal yang relevan dengan industri. Kajian ini menggunakan metodologi campuran, melibatkan data kuantitatif dan kualitatif, untuk menilai impak program terhadap pelajar. Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam kemahiran teknikal pelajar, namun beberapa cabaran, termasuk kekurangan sumber dan sokongan industri, telah dikenalpasti. Cadangan penambahbaikan termasuk peningkatan penyediaan sumber, pengukuhan kerjasama industri, dan penekanan kepada aplikasi praktikal dalam latihan. Kajian ini menyokong penemuan terdahulu mengenai pentingnya integrasi antara pengetahuan teori dan pengalaman praktikal serta menunjukkan keperluan untuk terus menilai dan memperbaiki program untuk mencapai matlamat akademik dan menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk pasaran kerja global.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133355.pdf]
Text
133355.pdf
Download (969kB)
Indexing & Metrics