Sinergi universiti dan komuniti: menginspirasi belia melalui program cakna ilmu

Muhsain, Siti Nur Fathini and Zainal, Nor Fadzilah and Harun, Nor Hidayah and Md Yusoff, Mohd Sukor (2024) Sinergi universiti dan komuniti: menginspirasi belia melalui program cakna ilmu. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 107. ISBN 9789672948674
Abstract

Kajian ini meneliti usaha kolaboratif di antara Jabatan Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP), Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara. Pelbagai program pemerkasaan komuniti seperti Program Agropreneur Muda Fasa 1 dan Fasa 2, Program Kenali IT, Program Explorace, dan lain-lain telah berjaya dianjurkan sebelum ini melalui usaha sinergi bersama. Program "Cakna Ilmu" ini merupakan inisiatif bersama yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah mengenai kehidupan kampus dan menyemarakkan semangat serta motivasi mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sasaran program ini adalah seramai 120 pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di bawah Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak Daerah SPU, yang melibatkan tiga Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di bawahnya: PAKK Kuala Muda, PAKK Pokok Machang, dan PAKK Taman Tun Dr. Awang. Objektif program ini adalah untuk memberikan peluang kepada para peserta untuk menyertai aktiviti di UiTMCPP, memberikan pendedahan mengenai program dalam kampus, serta merangsang semangat belajar melalui aktiviti seperti Larian Amal, Ceramah Motivasi, Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK), dan Lawatan Sekitar Kampus UiTMCPP. Melalui program ini, para peserta mendapat manfaat melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan serta maklumat mengenai peluang melanjutkan pelajaran di UiTMCPP, meningkatkan motivasi dan keyakinan dalam pelajaran, serta membantu mereka mencapai impian. Kerjasama ini juga memantapkan hubungan erat antara UiTMCPP dan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak Daerah SPU dalam usaha memartabatkan generasi muda ke tahap yang lebih tinggi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133203.pdf]
Text
133203.pdf
Download (970kB)
Indexing & Metrics