Impak knowledge transfer program (KTP) terhadap komuniti: analisis program asnafpreneur bersama komuniti Jerantut, Pahang

Abdul Razak, Nor Hidayatun and Abd Wahid, Normilia and Md Yusof, Norhidayah and Supian, Suzaini Harmiruslin and Hussin, Adibah (2024) Impak knowledge transfer program (KTP) terhadap komuniti: analisis program asnafpreneur bersama komuniti Jerantut, Pahang. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 98. ISBN 9789672948674
Abstract

Projek Asnafpreneur UiTM Cawangan Pahang merupakan sebuah projek yang melibatkan pelbagai program dan kursus yang berkaitan dengan pembangunan asnaf khusus untuk pelajar-pelajar terpilih dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Pahang. Pembangunan asnafprenur di kalangan pelajar bertujuan menghasilkan asnaf yang berupaya menjana pendapatan sendiri dan mampu membantu keluarga keluar dari kepompong kemiskinan. Kesan daripada kadar kemiskinan yang kekal tinggi akibat daripada tekanan ekonomi semasa, program asnafprenur dilihat penting dalam menyediakan peluang penjanaan pendapatan kepada pelajar-pelajar asnaf. Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar asnaf ini tiada pendedahan dalam mempraktikan kemahiran kepada komuniti luar secara rasmi. Oleh itu, program pengukuhan kemahiran melalui Knowledge Transfer Programme (KTP) telah dilaksanakan bagi memastikan pelajar-pelajar asnaf ini boleh memberikan perkhidmatan mengikut kemahiran masing-masing dalam bidang spa, dandanan dan gunting rambut serta urutan sukan kepada komuniti. Bagi mengetahui impak KTP kepada komuniti, kajian kualitatif telah dijalankan. Seramai 16 orang pelajar asnafprenur telah memberikan maklum balas dan hasil analisa menyenaraikan tiga impak utama KTP kepada komuniti iaitu penerimaan ilmu, idea perniagaan, dan juga hubungan komuniti. KTP merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial universiti kepada komuniti yang perlu diperkukuhkan dan memberi impak yang signifikan melalui kerjasama institusi zakat dan pihak industri.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133142.pdf]
Text
133142.pdf
Download (969kB)
Indexing & Metrics