Nota dalam fail hati

Adenan, Nur Dalila (2025) Nota dalam fail hati. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Di meja ini, bertimbun fail dan tugasan,
setiap helaian membawa nama dan harapan.
Antara rubrik dan markah dalam ruang sempit masa,
aku sisipkan doa “semoga mereka berjaya”.

Dalam folder minda, tersimpan pelbagai kisah,
senyum pelajar yang pernah gugup di depan kelas,
tulisan yang saLah, tapi semangatnya benar,
itu yang menjadikan kerja ini berharga.

Ada hari hati terasa berat,
antara mesyuarat dan Laporan yang tak sempat
Namun bila menatap wajah mereka di layar,
letih pun berubah jadi alasan untuk terus sabar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132922.pdf]
Text
132922.pdf
Download (738kB)
Indexing & Metrics