The 'Pitch Deck' kehidupan

Adenan, Nur Dalila (2025) The 'Pitch Deck' kehidupan. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Setiap pagi, kita bentang semula slaid diri,
dengan tajuk lama tapi semangat baharu.
Ada “vision statement” yang tergores dari doa,
dan “mission statement” yang berubah ikut musim jiwa.

Slaid pertama, “Purpose.”
Kita tanya lagi, mengapakah masih di sini?
Kerana ilmu bukan sekadar kerja,
tapi ladang pahala yang disemai dari kata

Slaid kedua, “Strategy.”
Antara markah, modul dan masa,
kita susun langkah seperti planpelan bisnes,
mengejar hasil, menahan lelah,
dalam pasaran hati yang tak pernah stabil.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132919.pdf]
Text
132919.pdf
Download (489kB)
Indexing & Metrics