Puisi: kasih yang tak terganti

Wan Ab. Razak, Wan Maziah (2025) Puisi: kasih yang tak terganti. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Di sebalik rindu yang lama terpendam,
Seorang ibu menatap senja yang suram.
Bayang masa silam datang berlari,
Menyapa hatinya yang sepi.. sunyi sekali.

Aku bukan pergi kerana benci,
Tapi kerana takdir memisah diri.
Anakku, kau harus tahu,
Setiap langkahku dulu... berat, terlalu.

Di setiap sujud aku menyebut namamu,
Dalam doa, dalam tangis, dalam rindu.
Tiap detik waktu yang berlalu,
Adalah Iuka yang tiada penawarnya..
hanya kenangan yang pilu

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132918.pdf]
Text
132918.pdf
Download (245kB)
Indexing & Metrics