Ancaman ikan pendatang

Ab Wahab, Shahrul Amri and Mohamad Ali, Noor Azillah (2025) Ancaman ikan pendatang. Bulletin. Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.
Abstract

Sistem perairan air tawar di Malaysia merupakan khazanah semula jadi penting yang menyokong sumber air, makanan dan biodiversiti. Namun, kehadiran spesies ikan pendatang seperti tilapia, keli Afrika, ikan bandaraya dan peacock bass menimbulkan ancaman kepada ekosistem tempatan. Spesies ini biasanya mempunyai kadar pembiakan tinggi, mudah menyesuaikan diri dan bersifat pemangsa agresif. Sebagai contoh, peacock bass memakan benih ikan tempatan seperti lampam dan puyu, menyebabkan persaingan sumber dan penurunan populasi ikan asli. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keseimbangan biodiversiti tetapi juga memberi kesan kepada sumber ekonomi nelayan darat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132763.pdf]
Text
132763.pdf
Download (10MB)
Indexing & Metrics