Abstract
Amalan keselamatan makanan mempunyai kaitan rapat dengan beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDGs) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Maka, amalan keselamatan makanan yang ketat dapat membantu mencapai beberapa matlamat SDG dengan memastikan makanan yang selamat, mengurangkan pembaziran, meningkatkan kesihatan awam, dan menyokong pembangunan ekonomi yang mampan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap, dan amalan keselamatan makanan dalam kalangan pelajar Hospitaliti Semester 1 di Kolej Komuniti Sungai Petani. Seramai 85 responden terlibat dalam soal selidik yang menilai pelbagai aspek keselamatan makanan. Analisis data menunjukkan persetujuan yang kuat mengenai kepentingan amalan keselamatan makanan dengan skor min bagi kebanyakan pernyataan melebihi 4. Para responden sangat bersetuju bahawa penyimpanan makanan yang tidak selamat menimbulkan risiko kesihatan yang signifikan (Min: 4.68, Sisihan Piawai: 0.493) dan mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan adalah penting untuk mengurangkan penularan penyakit (Min: 4.64, Sisihan Piawai: 0.531). Selain itu, persetujuan sederhana dilihat dalam pernyataan mengenai risiko penyediaan makanan terlalu awal (Min: 3.85, Sisihan Piawai: 0.716) dan memanaskan semula makanan (Min: 3.84, Sisihan Piawai: 0.738), menunjukkan julat pendapat yang lebih luas. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan keselamatan makanan adalah tinggi (Min: 4.207, Sisihan Piawai: 0.416), mencerminkan pemahaman yang baik tentang amalan keselamatan makanan. Kajian ini mengesahkan kepentingan amalan keselamatan makanan untuk mengurangkan risiko penyakit bawaan makanan, yang penting untuk kesihatan awam. Kajian lanjut disarankan untuk menilai keberkesanan program latihan keselamatan makanan yang sedia ada, bagi memastikan pengendali makanan benar-benar mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Hanisah hanisah@kkspe.edu.my Abidin, Sabidatul Afifah sabidatul@kkspe.edu.my Quah, Wei Boon quah@kkspe.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology H Social Sciences > HM Sociology > Social values |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 48 |
| Keywords: | Pengetahuan keselamatan makanan, Sikap pelajar, Amalan keselamatan makanan, Sustainable development goals, Hospitaliti |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132747 |
