Mentransformasi usahawan kecil dan mikro bimbingan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Abd Hamid, Nur Zainie and Ismail, Ismalaili and Md Sabri, Sabiroh and Ku Ahmad, Ku Ahmisuhairi (2024) Mentransformasi usahawan kecil dan mikro bimbingan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 47. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

Usahawan kecil dan mikro bimbingan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perlis memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi tempatan dan dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan. Namun, mereka sering berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menghalang pertumbuhan perniagaan mereka. Salah satu isu utama yang dihadapi ialah kekurangan kemahiran asas dalam pengurusan perniagaan, yang merangkumi aspek pengurusan kewangan, pemasaran, pengurusan operasi dan penggunaan teknologi. Bagi memperkasakan usahawan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengurus dan mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih berkesan, kerjasama strategik antara UiTM Cawangan Perlis dan KEMAS Negeri Perlis telah dilaksanakan bertujuan untuk memberi latihan praktikal dalam pengurusan kewangan dan perakaunan, kemahiran pemasaran dan penjualan produk dan memperkenalkan penggunaan teknologi dalam pengurusan perniagaan. Seramai 20 orang usahawan bimbingan KEMAS Negeri Perlis terlibat dalam dua siri bengkel yang dijalankan selama empat hari. modul asas keusahawanan yang komprehensif telah dilaksanakan dengan menggabungkan kaedah ceramah dua hala, latihan dalam kumpulan dan pembentangan. Dengan menggunakan kaedah tinjauan menerusi pengedaran soal selidik kepada ke semua peserta bengkel, satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk mengukur keberkesanan bengkel asas keusahawanan yang dijalankan tersebut. Dapatan kajian mendapati bahawa, terdapat peningkatan ketara dalam pemahaman usahawan mengenai pengurusan kewangan dan strategi pemasaran di kalangan usahawan. Usahawan yang terlibat juga menunjukkan keyakinan yang lebih tinggi dalam menggunakan teknologi untuk memajukan perniagaan mereka. Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasakan usahawan supaya lebih bersedia untuk menghadapi cabaran perniagaan dengan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari. Kejayaan ini menunjukkan bahawa pendidikan dan latihan berterusan adalah kritikal untuk meningkatkan keberkesanan dan kemampanan perniagaan kecil dan mikro. Usaha ini harus diteruskan dan diperluaskan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan di masa hadapan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Hamid, Nur Zainie
nurzainie60@uitm.edu.my
Ismail, Ismalaili
ismalaili007@uitm.edu.my
Md Sabri, Sabiroh
sabir707@uitm.edu.my
Ku Ahmad, Ku Ahmisuhairi
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Business education
H Social Sciences > HF Commerce > Business
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 47
Keywords: Bengkel asas keusahawanan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Keberkesanan, Usahawan kecil dan mikro
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132745
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 132745.pdf] Text
132745.pdf

Download (970kB)

ID Number

132745

Indexing

Statistic

Statistic details