Dalam dunia hubungan antarabangsa, peranan penterjemah sangat penting kerana setiap patah perkataan yang dituturkan diterjemahkan kepada maksud yang memberi makna yang besar kepada hubungan antara negara. Peranan seorang penterjemah adalah dalam menyampaikan mesej daripada satu bahasa ke bahasa lain dan pada masa yang sama menjaga hubungan dua hala kedua-dua negara. Salah seorang tokoh penting dalam bidang ini adalah Fatima Abushanab, penterjemah rasmi Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Beliau dikenali dengan kebolehannya menterjemah dengan tepat dan berhemah walaupun pada masa tersebut terdapat ketegangan seperti pertemuan tokoh politik yang lantang seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Dalam konteks ini, Fatima menggunakan teknik kemahiran komunikasi interpersonal dalam menyampaikan mesej yang tepat dan berhemah tanpa mencetuskan sebarang ketegangan politik.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Salleh, Suzila suzilamsalleh@uitm.edu.my Hamzah, Siti Fatimah Mardiah sfatimah@uitm.edu.my Ali, Noor Malinjasari noorm726@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Mohd Zahari, Ahmad Suffian ahmadsuf@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Terengganu |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Faculty of Business and Management |
| Journal or Publication Title: | BizNewz |
| ISSN: | 2600 9811 |
| Keywords: | Hubungan antarabangsa, Peranan penterjemah, Fatima Abushanab |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132726 |
132726.pdf
