Impak program pendidikan sivik dan kenegaraan dalam kalangan belia luar bandar

Zulkifli, Nursyahida and Johari, Nor Farizah and Omar, Siti Khadijah (2024) Impak program pendidikan sivik dan kenegaraan dalam kalangan belia luar bandar. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 42. ISBN 9789672948674
Abstract

Program Pendidikan Sivik dan Kenegaraan bertujuan untuk mendekati komuniti belia dengan menyebarluaskan pengetahuan tentang sivik dan kenegaraan. Dewasa ini memaparkan pelbagai isu dan pertelingkahan mengenai isu kebebasan asasi yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Setiap rakyat Malaysia perlu memahami kebebasan asasi sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai tahap pemahaman belia luar bandar terhadap Kebebasan Asasi yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Antara Kebebasan Asasi yang diketengahkan dalam kajian ini adalah Perkara 2 (Kebebasan Diri), Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan), dan Perkara 11 (Kebebasan Beragama). Kajian ini melibatkan 30 orang belia sekitar negeri Kelantan yang secara sukarela menyertai program ini selama 2 hari 1 malam. Soal selidik diedarkan melalui dalam talian kepada peserta sebelum program bermula dan setelah selesai program. Analisa penilaian sebelum dan selepas program menunjukkan majoriti belia menunjukkan peningkatan pemahaman mengenai kebebasan asasi. Implikasi kajian ini kelak diharap dapat memberikan input yang berguna kepada kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan atau NGO dalam usaha meningkatkan pembudayaan pendidikan sivik dan kenegaraan secara formal.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132701.pdf]
Text
132701.pdf
Download (969kB)
Indexing & Metrics