Wakaf Madani: strategi pembangunan sosio ekonomi dan masyarakat di Malaysia

Fazial, Farahdina and Md Ishak, Mohd Muhaizam and Husin, Rohayati and Manshor, Nurul Mazrah and Hamid, Che Khadijah (2024) Wakaf Madani: strategi pembangunan sosio ekonomi dan masyarakat di Malaysia. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 41. ISBN 9789672948674
Abstract

Peranan wakaf dalam membangunkan ekonomi umat Islam merupakan suatu perkara yang telah dibuktikan sejak zaman berzaman. Wakaf Madani selari dengan konsep Malaysia Madani bertujuan untuk memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai nilai-nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan Wakaf Madani dalam memperkukuh ekonomi masyarakat Malaysia. Kedua, menganalisis cabaran yang dihadapi oleh pengurusan wakaf dalam menjayakan pelaksanaan inisiatif Wakaf Madani. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan analisis dokumen. Secara keseluruhan, pelaksanaan Wakaf Madani menunjukkan komitmen kerajaan Malaysia dalam mengoptimumkan potensi wakaf untuk kesejahteraan masyarakat, selaras dengan konsep Malaysia Madani yang menekankan pembangunan holistik dan inklusif.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132698.pdf]
Text
132698.pdf
Download (968kB)
Indexing & Metrics