Non-Suicidal Self-Injury (NSSI): isyarat terpendam kesihatan mental remaja

Zainal Abidin, Nasrullah (2025) Non-Suicidal Self-Injury (NSSI): isyarat terpendam kesihatan mental remaja. Bulletin. Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.
Abstract

Isu kesihatan mental kini menjadi perhatian global kerana ia berkait rapat dengan kesejahteraan individu dalam dunia yang semakin kompleks dan pantas. Tekanan sosial yang meningkat telah menyebabkan sebahagian remaja dan pelajar menggunakan strategi daya tindak yang tidak sihat, termasuk tingkah laku mencederakan diri tanpa niat bunuh diri atau Non-Suicidal Self-Injury (NSSI). Tingkah laku ini biasanya dilakukan untuk mengalihkan kesakitan emosi kepada kesakitan fizikal, namun kelegaan yang dirasai hanya bersifat sementara dan tidak menyelesaikan punca masalah sebenar. Jika berterusan, keadaan ini boleh membawa kepada kesan yang lebih serius terhadap kesihatan mental individu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132694.pdf]
Text
132694.pdf
Download (10MB)
Indexing & Metrics