Antara FOMO atau JOMO: yang mana pilihan hati?

Mohamad Ali, Noor Azillah and Ab Wahab, Shahrul Amri and Junos, Sutina (2025) Antara FOMO atau JOMO: yang mana pilihan hati? Bulletin. Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.
Abstract

Hidup adalah tentang pilihan dan setiap individu bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat. Dalam era media sosial yang pantas, istilah FOMO (Fear of Missing Out) dan JOMO (Joy of Missing Out) semakin sering dibincangkan kerana berkait rapat dengan sikap manusia terhadap peluang, maklumat dan gaya hidup. FOMO merujuk kepada perasaan takut tertinggal pengalaman atau peluang yang dinikmati orang lain, sehingga menimbulkan rasa gelisah atau rendah diri, terutamanya apabila melihat perkongsian kejayaan dan gaya hidup di media sosial. Sebaliknya, JOMO menggambarkan rasa tenang dan bahagia apabila memilih untuk tidak terlibat dalam sesuatu perkara serta lebih menghargai pilihan dan kesejahteraan diri.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132684.pdf]
Text
132684.pdf
Download (10MB)
Indexing & Metrics