Perkembangan teknologi digital hari ini telah mengubah cara masyarakat moden membeli-belah. Kini, barangan keperluan harian boleh didapati di hujungjari, melalui aplikasi mudah alih, laman sesawang e-dagang atau melalui pelbagai platform media sosial, manjadikan aktiviti membeli-belah semakin mudah dan cepat. (Husin, N. & Rosian, S.N., 2021). Cara pembelian ini kini semakin menjadi pilihan, terutama golongan ibu. Kenapa golongan ibu yang sering membeli barangan keperluan secara atas talian? Ini Adalah kerana golongan ibu lebih memahami keperluan barangan untuk kegunaan keluarga mereka. Golongan ini juga mewakili kumpulan pengguna yang besar dalam perniagaan edagang. Satu pemerhatian menarik mengenai pembeli dari golongan ini ialah kecenderungan mereka untuk melakukan pembelian dalam talian pada waktu malam. Tingkah laku ini sebenarnya didorong oleh beberapa faktor yang akan dibincangkan dalam penulisan ini.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Ghani, Nor Hamiza norha825@uitm.edu.my Abdullah, Sholehah sholehah@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Mohd Zahari, Ahmad Suffian ahmadsuf@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Terengganu |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Faculty of Business and Management |
| Journal or Publication Title: | BizNewz |
| ISSN: | 2600 9811 |
| Keywords: | Teknologi digital, Laman sesawang e-dagang, Aplikasi mudah alih |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132550 |
132550.pdf
