Sumbangan Al-Khawarizmi dalam bidang matematik dan implikasinya kepada perkembangan teknologi

W.Alias, W.Nurfahizul Ifwah and Rosli, Aimi Zulliayana and Ramli, Masnira and Othman, Suziana Aida and Wan Nordin, Wan Nurul Husna (2018) Sumbangan Al-Khawarizmi dalam bidang matematik dan implikasinya kepada perkembangan teknologi. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.4: 8. pp. 419-422. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Matematik adalah satu bidang yang sangat penting dalam kehidupan kita. Ilmu matematik yang dipelajari hari ini adalah hasil sumbangan dari sarjana-sarjana Islam yang terkenal dan salah seorang daripadanya adalah Al-Khawarizmi. Al-Khawarizmi merupakan seorang tokoh Islam yang mempunyai pengetahuan serta ilmu yang sangat luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi juga banyak memberi sumbangan dalam bidang matematik seperti konsep trigonometri, aljabar, masalah pecahan, teori nombor dan banyak lagi. Penulisan ini membincangkan sumbangan-sumbangan Al-Khawarizmi yang memberi impak yang besar kepada perkembangan ekonomi dan sosial pada hari ini dengan memberi fokus kepada bidang matematik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132545.pdf]
Text
132545.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics