Penggunaan internet dan pengaruhnya terhadap jati diri pelajar: kajian di IPTS

Ibrahim, Azizah and Ismail, Huzaimah (2018) Penggunaan internet dan pengaruhnya terhadap jati diri pelajar: kajian di IPTS. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.4: 4. pp. 387-396. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Mutakhir ini, perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat dan pantas menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi teknologi maklumat membawa perubahan yang besar dalam kehidupan khususnya terhadap jati diri pelajar. Penggunaan internet yang semakin meluas juga mengakibatkan ada beberapa pihak dikenalpasti mengalami ketagihan yang agak membimbangkan terutama di kalangan pelajar IPT. Oleh itu, kajian berbentuk kuantitatif ini adalah untuk mengenalpasti tahap ketagihan internet, corak penggunaan internet serta pengaruhnya terhadap jati diri pelajar khususnya di IPTS. Kajian kuantitatif ini dijalankan terhadap 141 orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS) atau dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang mengambil subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Dapatan mendapati min yang rendah diperoleh untuk ujian ketagihan iaitu (1.32) sekaligus menunjukkan bahawa ketagihan pelajar berada pada tahap yang rendah manakala dari segi jati diri, pelajar mempunyai jati diri yang sederhana dengan min jati diri yang diperoleh (3.20). Analisa korelasi pula menunjukkan tidak terdapat kaitan di antara ketagihan internet dan jati diri pelajar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132471.pdf]
Text
132471.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics