Dari hutan ke pasaran: kejayaan inovasi anti-gout berasaskan pokok Cucur Atap

Jamaludin, Fadzureena (2025) Dari hutan ke pasaran: kejayaan inovasi anti-gout berasaskan pokok Cucur Atap. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Cucur Atap (Baeckea frutescens) ialah tumbuhan renek malar hijau yang biasanya mencapai ketinggian satu hingga tiga meter dan sering ditemui di hutan tanah rendah serta kawasan pesisir berpasir Asia Tenggara. Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu halus berwarna coklat kelabu dengan ranting kecil dan rapuh. Daunnya tersusun berhadapan, berbentuk tirus dengan hujung runcing serta mengeluarkan aroma segar apabila diramas kerana kandungan minyak pati semula jadi. Bunganya kecil berwarna putih hingga kehijauan dan menarik serangga pendebunga seperti lebah, manakala buahnya berbentuk kapsul kecil yang mengandungi biji halus berwarna coklat apabila masak. Cucur Atap mudah tumbuh di tanah berpasir yang kurang nutrien dan selain digunakan dalam perubatan tradisional, ia juga sering dijadikan tanaman hiasan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132301.pdf]
Text
132301.pdf
Download (951kB)
Indexing & Metrics