Revolusi pembelajaran statistik: daripada buku ke kecerdasan buatan

Zulkifli, Faiz and Zainal Abidin, Rozaimah and Zulkifli, Nurin Zulaikha (2025) Revolusi pembelajaran statistik: daripada buku ke kecerdasan buatan. In: The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025), Universiti Teknologi MARA, Perak.
Abstract

Statistik sering dianggap subjek yang mencabar oleh pelajar pelbagai peringkat. Sebagai respon terhadap keperluan pembelajaran yang lebih mesra pengguna dan berkesan, StatScholar AI diperkenalkan sebagai platform interaktif berasaskan AI. Ia membolehkan pelajar memilih topik statistik, mengakses nota ringkas berserta contoh dan rujukan, menjawab soalan berdasarkan tahap Taksonomi Bloom, serta menjalani kuiz yang diperibadikan. Soalan-soalan yang dibangunkan melalui proses pengesahan Model Rasch memastikan kesesuaian aras kognitif pelajar. Hasil daripada tinjauan awal melibatkan 487 pelajar, 83.9% pelajar berasa lebih yakin dalam pembelajaran statistik, dan 89.7% pasti akan mengesyorkan StatScholar AI kepada rakan mereka. Ciri tambahan seperti sokongan video, penyesuaian ikut bidang, dan interaksi mesra tutor maya (Maira) menambah nilai kepada pengalaman pengguna. StatScholar AI bukan sahaja menyokong pembelajaran kendiri, malah berpotensi menjadi produk komersial untuk kegunaan institusi pengajian tinggi, pelajar pascasiswazah, dan platform e-pembelajaran. Ia juga boleh diintegrasikan dalam sistem LMS atau dijadikan langganan pendidikan berasaskan AI. Pendekatan berfasa ini membuktikan potensi besar AI dalam memperkasa pembelajaran statistik secara lestari, adaptif dan bersifat universal.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132230.pdf]
Text
132230.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics