Kemurungan dan kesannya terhadap tingkah laku pelajar: satu analisis

Abdul Wahab, Noradilah and Othman, Mohd Shahril Othman (2018) Kemurungan dan kesannya terhadap tingkah laku pelajar: satu analisis. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.4: 2. pp. 374-380. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Gejala kemurungan yang melanda remaja khususnya pelajar bukanlah perkara enteng yang boleh disampingkan sahaja kerana ia memberi kesan negatif kepada pelajaran dan kehidupan seharian. Bahkan boleh mengancam nyawa diri dan individu di sekeliling mereka. Justeru itu, artikel ini dilakukan bagi mengenal pasti simptom-simptom dan faktor-faktor yang mempengaruhi kemurungan dengan mengumpul kajian-kajian terdahulu yang berkaitan, sehingga mendapat dapatan baru yang boleh menjadi solusi kepada permasalahan kajian. Dapatan menunjukkan bahawa, remaja di Malaysia sememangnya menghidapi masalah kemurungan dan pendekatan secara Islam merupakan antara jalan yang terbaik bagi menanganinya. Dapatan artikel ini memberi implikasi penting bagi menangani penyakit kemurungan daripada terus menjadi perkara negatif lain.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132140.pdf]
Text
132140.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics