Peranan majikan dalam menangani tekanan kerja pekerja

Mohd Said, Nur Shafini and Omar Ali, Siti Rapidah (2025) Peranan majikan dalam menangani tekanan kerja pekerja. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Tekanan kerja adalah masalah yang semakin meningkat di seluruh dunia yang tidak hanya mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan pekerja, tetapi juga produktiviti organisasi. Tekanan kerja berlaku apabila tuntutan kerja pelbagai jenis dan kombinasi melebihi keupayaan dan kemampuan individu untuk menghadapinya. Tekanan kerja adalah penyakit/cedera yang kedua paling biasa mendapat pampasan di sesetengah negara dunia, selepas gangguan muskuloskeletal. Keadaan kesihatan kronik yang dialami pekerja bukan sahaja memberi kesan kepada kesejahteraan pekerja, tetapi juga menyebabkan kerugian besar dalam produktiviti bagi majikan. Salah satu keadaan tersebut, tekanan kerja kronik, adalah penyumbang utama kepada kesejahteraan pekerja yang teruk (terutamanya dalam industri perhotelan - O'Neill dan Davis, 2011), dengan kira-kira satu pertiga daripada tenaga kerja terjejas olehnya. Ini membawa kepada penurunan produktiviti, ketidakhadiran, kadar pusing ganti pekerja, serta kos insurans, perundangan dan perubatan yang menyebabkan kerugian lebih dari $300 bilion setahun kepada industri di Ameriko Syarikat (American Psychological Association, 2020). Akibat daripada tekanan kerja bukan sahaja menelan kos ribuan dolar setiap tahun bagi setiap pekerja, tetapi juga memberi kesan kewangan dan kesihatan yang signifikan kepada pekerja individu (Lister, 2018).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131812.pdf]
Text
131812.pdf
Download (664kB)
Indexing & Metrics