Toleransi antara umat beragama menurut perspektif syarak

Ismail, Mohd Khairul Anuar and Yusoff, Muhammad Saiful Anuar and Mohd Saad, Muhammad Luqman Ibnu Hakim and Ismail, Nik Abdul Aziz and Ismail, Mohd Hafizullah and Burhan, Nur Izzatul Husna (2018) Toleransi antara umat beragama menurut perspektif syarak. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.3: 1. pp. 184-191. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Kerukunan hidup beragama menurut Islam hanya dapat diwujudkan apabila adanya toleransi dari semua pihak. Perbezaan agama, budaya, etnik serta warna kulit bukanlah sebab bagi menghalang kehidupan bersatu padu dan harmoni. Islam adalah agama universal yang mengakui dan menerima perbezaan mengikut batas-batas tertentu sebagaimana yang digariskan oleh syariat. Namun demikian, sifat kebebasan yang terbuka serta isu pluralisme agama yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama menyebabkan banyak umat Islam mengikutinya dan bekerjasama dengan umat lain sama ada dalam urusan keagamaan, ibadah serta sosial. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan menghasilkan satu pemahaman yang sebenar mengenai batas-batas toleransi antara umat beragama dari sudut pandangan syariat Islam. Metode perpustakaan dan penelitian akan digunakan untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dan kemudiannya dianalisis menggunakan metode induktif bagi mendapatkan satu kesimpulan mengenai batas-batas toleransi antara umat beragama menurut perspektif syarak. Hasil kajian mendapati syariat Islam menggariskan batas-batas tertentu berkaitan toleransi antara umat beragama merangkumi tiga aspek utama iaitu bidang akidah, ibadah serta kemasyarakatan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131521.pdf]
Text
131521.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics