Sumbangan institusi fatwa negeri Kedah dalam melahirkan kesepaduan masyarakat Islam

Ahmad, Kamarudin (2018) Sumbangan institusi fatwa negeri Kedah dalam melahirkan kesepaduan masyarakat Islam. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.2: 15. pp. 169-173. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Islam adalah agama yang bersifat sejagat dan perkembangannya diseluruh pelusuk dunia adalah kerana kesejagatannya. Hasil dari sejagatnya itu ia menempuh dan melalui pelbagai penemuan dan peristiwa baru. Natijahnya setiap penemuan atau peristiwa baru itu memerlukan penyelesaian dari sudut hukum Islam. Institusi fatwa adalah organisasi rasmi yang bertindak mencari hukum ke atas setiap persoalan yang melibatkan masyarakat Islam. Di negeri Kedah, institusi fatwa adalah antara institusi tertua yang berperanan membantu masyarakat Islam memahami dan mengatasi setiap persoalan baru dari sudut kacamata Islam. Oleh itu, artikel ini cuba meneliti proses pengeluaran fatwa di negeri Kedah dalam mewujudkan kesatuan pandangan dalam kalangan masyarakat Islam, umpamanya pemakaian mazhab Shafei dalam urusan fatwa. Ini sekaligus dapat mengeratkan perpaduan umat Islam dari sudut amalan dan juga pemikiran terhadap sesuatu isu baru. Data-data yang ditemui samada dari sudut kaedah pembentukan fatwa mahupun penulisan fatwa itu sendiri memperlihatkan bahawa organisasi fatwa berperanan dalam membentuk perpaduan umat Islam melalui fatwa yang dikeluarkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131519.pdf]
Text
131519.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics